Thursday 28 March 2013

AKIK COMBONG - DAH 10 TAHUN TERSIMPAN DALAM LACI MEJA


NOT FOR SALE

PANCAWARNA LUMUT - ANTARA KOLEKSI YANG MASIH TERSISA


Saiz canai Medium, kurang menyerlah kalau dipakai dijari kerana saiznya yg kecil.

AKIK-GARUT PANCAWARNA - SAIZ 'GEDABAK'.


Memang besar, tapi cun dan unik.



PEMBELI a.k.a PENJUAL - Semestinya para PEMBELI mesti lagi berpengetahuan dari PENJUAL. Kaji selidik berserta ilmu mesti selari dalam membeli material2 ni. Selamat berbelanja gengggg.

PLUS MINUS - AKIK GARUT PANCAWARNA

Memang cantik Garut Pancawarna ni, tak dinafikan dan memang tak murah pun. Tapi dalam memilih Garut Pancawarna ni akan ada sikit masalah. Saiz.... Garut Pancawarna hanya akan menyerlah dijari kita bila saiz batunya dalam anggaran 23mm++ x 20mm++ x 10mm++ serta diikat kuku suasa. Dah jadi saiz Genghiz Khan, gedabak gengggg. Kalau kita yg bersaiz badan XL & XXL akan terserlah dengan  GPW ni. Aku pernah try pakai... FAILED.



Baru lepas canai dan diikat.

Friday 22 March 2013

CERITA KHASIAT DAN KELEMAHAN BESI, KAYU DAN BATU

Rata-rata peminat besi, kayu dan permata, semuanya mencari khasiat... Apakah pernah kita terfikir mencari kelemahan atau kekurangan pada benda-benda ini? Asyik2 kelebihan/kehebatan. Bila ditanya apa kelemahan barang ni? Semua senyap. Biasa laaaa.... Bisness. Mana ada yang buruk.

Tuesday 19 March 2013

AKIK - PENYEDAP MATA


Hanya batu... So... harga pun harga batu, tak akan jadi harga emas bro.






AKIK UNIQUE 2 (SOLD)

Khasiat/Fadhilat.... Tanyalah sapa2 yg dh jadi Tuhan. Mungkin depa ni tau kot. Nasib la Allah tak bagi aku jadi Tuhan, kalau DIA bagi aku jadi Tuhan, mungkin bercelaru semua umat. LOW PROFILE bro.


BATU METEOR - GOOD OLD COLLECTIONS

Ni masa pi course kat Morocco, sempat la beli 2-3 bijik. Tapi dalam USD la bro. Aura??? Aura zero... Radiation??? Itu ada laaa.



Nak scan??? Blehhh. Dipersilakan. Kalau silap scan nanti bg tau aku tau, nanti aku posting cerficate pembelian, siap dengan ticket flight aku sekali masa kat sana.




AKIK IMEJ MANTA-RAY - (SOLD)

Tak sangka Mufti pun ada minat batu2 akik ni. Terima Kasihhh.


AKIK KELODAK CINTA (SOLD)




CINCIN QUDRAT (MATERIAL BESI)


Boleh selak, x-ray, scan... Tapi tak bleh pinjam bro. Ni ada yang mintak pinjam... nak bawak pi berperang konon. Jalan daaa... Kadang2 kita terlupa, MASIH ADA LANGIT ATAS LANGIT.

AKIK COMBONG 4




AKIK COMBONG 3 - SOLD




AKIK UNIQUE

Yang masih ada, tapi tak lama niiii....


SETIGI LAUT - (SOLD)


TQ member Dang Wangi, balik dari Lahad Datu nanti hang jangan lupa bawak balik yang pelik2 mai kat aku. Barter trade beb!!!

BATU HALILINTAR/PETIR RAW - (SOLD)

Akan dicanai menjadi permata tidak lama lagi. 





AKIK COMBONG 2 - KOLEKSI PERIBADI

Tafsir ikut mata masing2. Tak reti nak merapu lebih2.


Tuesday 12 March 2013


Mitos Kekuatan Batu Akik 

- SEKADAR BERKONGSI PENGETAHUAN - NAK COPY PASTE PUN TAKPA AIHHHH.... TAK HARAM PUN.

Batu akik memiliki bermacam cerita dan mitos. Maklumlah, didalam rumpun ini sebahagian masyarakatnya memang masih banyak yang meyakini hal itu menjadi fakta dalam kehidupan keseharian. Ertinya, kehidupannya sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan batu-batu tersebut. Menurut info, batu akik memiliki khasiat, terutama lima warna utamanya iaitu merah, hijau, kuning, hitam dan putih. “Sesuai dengan kepercayaan ramai, 5 warna itu dapat mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia.

Pernah kita dengar juga tentang Batu Akik Combong (Bolong). Batu Akik Combong, dan Kecubung Combong. Tapi untuk kecubung combong agak sukar didapati kerana termasuk yang kategori RARE dan termasuk dalam kategori barang-barang mustika(pusaka) seperti mani gajah dan merah delima.
Batu Combong secara umum mempunyai ciri khas sebagai akik yang memiliki lubang di tengahnya, dan tembus sampai ke dasar akik. Selama ini, banyak dari masyarakat kita yang mencari Batu Combong kerana khasiat dan tuahnya.

Walaupun batu combong ini mudah kita temui dipasaran khususnya Sulaiman Combong, untuk mencari yang benar-benar bertuah, memang sangat sukar, kerana untuk mengetahui bertuah atau tidak, ianya harus melalui serangkaian ritual pengujian secara supernatural. Batu Sulaiman Combong pun banyak juga yang tiruan, kerana combongnya tidak dari alam tapi sengaja dibuat lubang sampai bawah. Menurut beberapa sumber, ada beberapa ciri dari batu akik combong yang asli :

- Apabila dipegang, ada rasa beban berat dan didalamnya mempunyai serabut urat batu.

- Lubang yang terdapat pada batu itu bersifat alami dan bukan hasil tangan, tidak nampak seperti dikikir atau dibuat beraneka bentuk lubang.

- Dipermukaan dalam lubang memiliki bentuk kasar dan tidak halus mulus.

Batu Akik combong memiliki banyak cerita dan salah satu cerita yang diambil dari salah satu sumber mengatakan bahwa Batu ini sudah dikenal sejak zaman para Wali Songo (Abad ke-16 M), dan Batu Combong ini digunakan sebagai pengukur waktu jam untuk melaksanakan kewajiban solat. Para Wali memahami Batu Combong pada masa itu dengan nama “Tuloq Ukur” (Batu Pengukur). Batu ini akan jadi penentu waktu lewat sinar matahari yang masuk lewat lubangnya. Para Wali menemukan cara lain yang lebih mudah untuk menentukan waktu/istiwa solat, Batu Combong beralih fungsi menjadi batu kecil lewat asahan tangan para Waliyullah yang disebut dengan nama Angki Jawa Sih Pingalem (Akik Jawa yang disukai). Mungkin dari asal nama inilah, sehingga batu ini mempunyai tuah atau berkhodam.

Selain mitos dan cerita di atas, ada juga info bahawa cincin menjadi sebuah rahsia umum bahawa hampir semua pemimpin dunia mengenakan cincin agar kelihatan berwibawa entah itu cincin dari batu atau sekadar cincin dari kuningan. Namun pernahkan anda menyangka ternyata cincin dapat membangkitkan kewibawaan seseorang.

Sebetulnya seorang pemimpin menggunakan cincin sebagai simbol kebesaran bukanlah hal baru, sejak zaman Nabi Sulaiman Putera Nabi Daud a.s memimpin kerajaan terbesar di bumi manusia dan ghaib dari Jagat Timur sampai Barat beliau menggunakan cincin kebesaran yang terkenal dengan cincin Ta’at Sulaiman.

Saturday 9 March 2013

KOLEKSI PERIBADI - PANGERAN PETIR - BATU PETIR TUA


Dah cukup lama stay dengan aku, sama macam koleksi aku yang lain2... kosong tak ada power pun batu petir ni. Hehehehe.... Cuma cantik dimata aku saja.

Friday 1 March 2013

AKIK KESAYANGAN (KOLEKSI PERIBADI) - MOTIF/GAMBAR IKUT PADA MATA MASING2 DAAA...

Ada yang pernah offer harga tinggi yang sampai tak masuk akal dengan permata ni. Tapi sorry la, nak dapat pun susah jenis dan saiz macam ni. Koleksi yang sangat peribadi.

Bila disuluh cahaya

CINCIN AKIK RINDU SARAH - KOLEKSI PERIBADI