Tuesday, 12 March 2013


Mitos Kekuatan Batu Akik 

- SEKADAR BERKONGSI PENGETAHUAN - NAK COPY PASTE PUN TAKPA AIHHHH.... TAK HARAM PUN.

Batu akik memiliki bermacam cerita dan mitos. Maklumlah, didalam rumpun ini sebahagian masyarakatnya memang masih banyak yang meyakini hal itu menjadi fakta dalam kehidupan keseharian. Ertinya, kehidupannya sudah tidak dapat dipisahkan lagi dengan batu-batu tersebut. Menurut info, batu akik memiliki khasiat, terutama lima warna utamanya iaitu merah, hijau, kuning, hitam dan putih. “Sesuai dengan kepercayaan ramai, 5 warna itu dapat mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia.

Pernah kita dengar juga tentang Batu Akik Combong (Bolong). Batu Akik Combong, dan Kecubung Combong. Tapi untuk kecubung combong agak sukar didapati kerana termasuk yang kategori RARE dan termasuk dalam kategori barang-barang mustika(pusaka) seperti mani gajah dan merah delima.
Batu Combong secara umum mempunyai ciri khas sebagai akik yang memiliki lubang di tengahnya, dan tembus sampai ke dasar akik. Selama ini, banyak dari masyarakat kita yang mencari Batu Combong kerana khasiat dan tuahnya.

Walaupun batu combong ini mudah kita temui dipasaran khususnya Sulaiman Combong, untuk mencari yang benar-benar bertuah, memang sangat sukar, kerana untuk mengetahui bertuah atau tidak, ianya harus melalui serangkaian ritual pengujian secara supernatural. Batu Sulaiman Combong pun banyak juga yang tiruan, kerana combongnya tidak dari alam tapi sengaja dibuat lubang sampai bawah. Menurut beberapa sumber, ada beberapa ciri dari batu akik combong yang asli :

- Apabila dipegang, ada rasa beban berat dan didalamnya mempunyai serabut urat batu.

- Lubang yang terdapat pada batu itu bersifat alami dan bukan hasil tangan, tidak nampak seperti dikikir atau dibuat beraneka bentuk lubang.

- Dipermukaan dalam lubang memiliki bentuk kasar dan tidak halus mulus.

Batu Akik combong memiliki banyak cerita dan salah satu cerita yang diambil dari salah satu sumber mengatakan bahwa Batu ini sudah dikenal sejak zaman para Wali Songo (Abad ke-16 M), dan Batu Combong ini digunakan sebagai pengukur waktu jam untuk melaksanakan kewajiban solat. Para Wali memahami Batu Combong pada masa itu dengan nama “Tuloq Ukur” (Batu Pengukur). Batu ini akan jadi penentu waktu lewat sinar matahari yang masuk lewat lubangnya. Para Wali menemukan cara lain yang lebih mudah untuk menentukan waktu/istiwa solat, Batu Combong beralih fungsi menjadi batu kecil lewat asahan tangan para Waliyullah yang disebut dengan nama Angki Jawa Sih Pingalem (Akik Jawa yang disukai). Mungkin dari asal nama inilah, sehingga batu ini mempunyai tuah atau berkhodam.

Selain mitos dan cerita di atas, ada juga info bahawa cincin menjadi sebuah rahsia umum bahawa hampir semua pemimpin dunia mengenakan cincin agar kelihatan berwibawa entah itu cincin dari batu atau sekadar cincin dari kuningan. Namun pernahkan anda menyangka ternyata cincin dapat membangkitkan kewibawaan seseorang.

Sebetulnya seorang pemimpin menggunakan cincin sebagai simbol kebesaran bukanlah hal baru, sejak zaman Nabi Sulaiman Putera Nabi Daud a.s memimpin kerajaan terbesar di bumi manusia dan ghaib dari Jagat Timur sampai Barat beliau menggunakan cincin kebesaran yang terkenal dengan cincin Ta’at Sulaiman.

No comments:

Post a Comment